Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

Media Sosial Menggugat Bn Adakah ia akan diHaramkan




KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mahu mengkaji undang-undang terhadap ‘penyalahgunaan’ media sosial yang boleh menggugat keharmonian negara menimbulkan persoalan. Ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berpendapat, kerajaan sememangnya boleh sahaja bertindak menggunakan undang-undang yang sedia ada seperti beberapa pendakwaan yang telah dibuat terhadap beberapa individu sebelum ini.


“Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat.
“Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan,” soal Idris.

Menurutnya, laporan kajian oleh beberapa pihak mendapati bahawa BN tewas dalam kempennya di media sosial dan internet biarpun menguasai media arus perdana secara total.
Faktor ini juga telah menyebabkan berlaku perubahan politik yang sangat ketara di bandar dan pinggir bandar khususnya melibatkan pengundi muda.

Ianya turut diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibu negara.
“BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G inilah yang paling ditakuti oleh BN.

“Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi,” soal Idris lagi.
Katanya, janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat.

Hakikat yang berlaku ujarnya, undang-undang ini jika digubal hanya dikuat-kuasa kepada pembangkang.
“Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan.

“Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.

Harakahdaily.net

Sabtu, 08 Februari 2014

Sekolahnya Akan Ditutup Kanak kanak Jepun Bunuh Diri

Jumaat, 15/02/2013 Detiknews

Ilustrasi (AFP)
Tokyo - - Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jepun mati dengan melanggar dirinya ke kereta yang tengah melaju. Dipercayai, aksi bunuh diri ini merupakan bentuk protes kanak-kanak ini kerana sekolahnya akan ditutup.

Kanak-kanak yang namanya sengaja tidak disebutkan ini, melompat ke rel keretapi dari salah satu peron di stesyen Daito, dekat Osaka, Jepun. Insiden ini terjadi pada Khamis (14/2) petang waktu setempat.

"Kami sedang menginvestigasi kes ini dengan adanya dugaan bunuh diri, erana para saksi   mengatakan kanak-kanak ini melompat ke rel keretapi dengan sengaja," ujar juru cakap Polis Daito, seperti dilansir AFP, Jumaat (15/2/2013).

"Terdapat sebuah pesan dalam kertas yang ada di dekat begs ranselnya di dekat peron," imbuhnya.

Beberapa media lokal menyebutkan, kanak-kanak yang masih duduk di bangku sekolah dasar tersebut kecewa dengan rencana penutupan sekolahnya. Penutupan sekolah semacam ini merupakan bahagian dari kebijakan rasionalisasi yang digalakkan pemerintah dalam mengatasi rendahnya angka kelahiran di Jeun. Setelah ditutup, maka siswa-siswa sekolah tersebut akan dipindahkan ke sekolah lainnya.

"Tolong hentikan rencana penutupan dan peleburan sekolah sebagai pertukaran dari kematian seseorang yang tak berdosa," demikian bunyi pesan terakhir si kanak-kanak yang dikutip oleh media setempat, Asahi dan Mainichi.

Tidak hanya itu, kanak-kanak ini dilaporkan sempat mengirim pesan terakhir kepada ibundanya melalui SMS. "Terima kasih untuk segalanya. Saya sangat menyayangimu, sangat," demikian bunyi SMS si kanak-kanak itu.

Demi menghormati bocah ini, sekolahnya menggelar upcara khusus. Bahkan rencana penutupan sekolah yang dijadwalkan pada Minggu (17/2) mendatang, dibatalkan oleh pihak sekolah pasca kematian bocah ini.

Aksi bunuh diri kanak-kanak ini terjadi beberapa bulan setelah aksi bunuh diri seorang remaja di Osaka. Pada Desember 2012 lalu, seorang remaja mengakhiri hidupnya kerana sering disiksa oleh guru olahraganya di sekolah.

Selama ini, Jepun  memang tercatat sebagai negara dengan tingkat bunuh diri tertinggi di dunia. Namun tahun lalu, angka bunuh diri di Jepun mencapai yang terendah dalam 15 tahun terakhir, yakni di bawah 30 ribu aksi dalam setahun.

(nvc/ita)