Tampilkan postingan dengan label mb. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mb. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014

MB Kedah Majoriti restu kepimpinan Pas Tak layan Hassan Ali

sinarharian
12 November 2012
MB Kedah: Majoriti restu kepimpinan Pas
Azizan (kanan) beramah mesra bersama kaum India yang hadir sambutan Deepavali semalam.
ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak mengambil kisah mengenai pandangan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mahu pemimpin Pas berhenti bersekongkol dengan DAP.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hassan itu hanyalah bersifat pandangan peribadi.

“Itu pandangan dia, pandangan minoriti. Tapi majoriti nampaknya merestui apa yang sedang dibuat oleh kepimpinan sekarang dan kita tak punyai apa-apa masalah.

“Dulu masa kita tak berkawan dengan DAP, mereka kata kita tak berkawan dengan masyarakat majmuk.

“Sekarang bila kita berkawan, mereka kata kita terbabas pula,” katanya kepada media selepas sambutan Hari Deepavali di Dewan Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah berkata, politik memerlukan satu strategi dan tidak boleh hanya melalui satu jalan.

“Ada masanya kita kena pergi jalan itu, dan jalan lain. Dulu orang kata kita (Pas) tak sesuai perintah Malaysia, tak faham realiti dan sebagainya.

“Sekarang  mereka kata kita macam-macam. Susah la, duduk pun susah berdiri pun susah. Jadi apa cerita,” katanya.

Sebuah akhbar harian semalam melaporkan bekas kepimpinan Pas Kedah, Mohd Najib Fahami Yahaya meminta kepimpinan Azizan ditukar dengan kepimpinan baru jika ingin mempertahankan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana gagal melaksanakan manifesto yang dijanjikan.

Mengulas kenyataan itu, Azizan berkata, beliau tidak melihat sebarang masalah berlaku walau siapa sekalipun yang menjadi ketua, asalkan orang itu dapat membawa perjuangan dasar Pas.

“Orang itu mestilah mampu membawa dasar Pas, itu yang penting. Kalau dia seorang ulamak, tapi tak boleh berjuang untuk dasar Pas, tak ada apa ertinya dia guna nama ulamak,” katanya.

Jumat, 31 Januari 2014

Sultan Selangor beri 3 sebab lantik Khalid sebagai MB

sinarharian
14 Mei 2013
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya.
Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu.
"Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan," katanya. - Bernama