Tampilkan postingan dengan label tentera. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tentera. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

UMNO BN Disebalik Pencerobohan Tentera Raja Sulu Di Lahat Datu

Foto: Rakyat Sultan Bantilan II membanjiri bandar Jolo ketika perarakan besar-besaran beberapa tahun yang lalu.


 
SIAPA penceroboh itu?

Siapa tentera penceroboh kumpulan warga Filipina baru-baru ini yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah mengaku sebagai pewaris berketurunan Raja Sulu.itu? Benarkah kenyataan mereka itu? 

Menariknya, ada sepekulasi mengatakan tindakan mereka diatur dan diselenggarakan oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri. Hal ini bertujuan untuk mnejadikannya UMNO/BN sebagai hero dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke 13 akan datang, di mana pengundi-pengundi yang tidak yakin dengan BN akan kembali menyokong BN. 

Demikian antara banyak pandangan yang dikutip oleh  ZULASREE @ Asree Sug dalam blognya Kesultanan Sulu . 

Tulisnya..

"Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. 
"Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. 
"Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi minyak di Laut Sulu dan Spratly. 

"Ada yang  katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. 
"Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.

Bocor rahsia..

Maka akhirnya menurut Zulasree, bocor rahsia sebenarnya, penceroboh itu adalah tentera KIRAM yang ditipu dengan janji-janji pelik, oleh bosnya, iaitu Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjunga.
Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan sedang memberikan arahan kepada tenteranya yang masuk ceroboh Sabah supaya bertahan kerana Malaysia akan tetap memberikan mereka makanan.
 Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama. 
Siapa Sultan Jamalul Kiram III dan hubungan dengan Gerakan SSDI..



PBMM Sultan SSDI

Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu yang ditabalkan pada 11 Okt. 2012; (Lihat Sultan Sulu Darul Islam Tuntut Hak Atas Sabah..) telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi.

Laporan itu memberitahu, ada satu gerakan bersenjata sedang  berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul.

Sultan Bantilan II terus mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Sekiranya ada ahli SSDI terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.

Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada, minta laporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).

Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang. Menurut Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.

Beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot yang berangkat, satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu di situ. Dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. 

Menurut laporan terbaru dari Zulasree, dikatakan kumpulan Sultan Jamalul Kiram III kini tidak sedar bahawa mereka telah dibuang oleh kaumnya bangsa Tausug kerana, mereka berpendirian..
  • "Mahukan North Borneo (Sabah) untuk dimasukkan ke wilayah Filipina. Satu kenyataan yang generasi muda  dan nenek moyang Tausug kutuk sampai kiamat. 
  • "Sangat menghairankan Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir Filipina. Mengapa tidak sahaja keluarkan diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi entiti sendiri sebagaimana nenek moyangnya? Jadilah Kesultanan Sulu yang merdeka bukan dibawah ketiak Filipina.... 
Sedangkan..
  • "Kami generasi muda Tausug lebih rela Sabah dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina. Sampai bila Tausug berfikiran jumud seperti ini. Tiada masa depan dan terhina dibawah tapak kaki Filipina. Daripada terhina dibawah tapak kaki filipina lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah. 
  • "Malaysia walau pun dipandang zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah sekurang-kurang Tausug tidak mengakui ketuanan Filipina. 
  • "Kita ucap terima kasih kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah, kerana dengan ini generasi Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan mengembalikan hak nenek moyang mereka di negeri Sabah.
Doa..

  • "Kami setia menunggu dan mendoakan kejayaan SULTANIYAH SULU DARUL ISLAM (SSDI) dibawah pimpinan para Datu dan syarif dibawah naungan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. 
  • |"Dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tujuan kita. Kami dah tak tahan dengan demokrasi... kami rindukan DARUL ISLAM."
Begitulah sumber dari Zulasree. Bagaimana dengan penglibatan BN-UMNO dalam kes ini? Adakah BN/UMNO sengaja melambat-lambatkan penyelesaian walaupun tiada berlaku pertumpahan darah, sehingga isu-isu yang merugikan mereka dalam PRU 13 boleh disorok dibawah tikar? Ya, kerana mereka berkuasa tidak sempat dan mampu parti pembangkang menyekat atau membongkar pengundi hantu dari Filipina?

Wallahu alam.
 
SUMBER

Selasa, 11 Februari 2014

Tentera Jepun kena dera

TENTERA Jepun memang kejam. Mereka memancung kepala, menyuruh minum air sabun, menikam dengan bayonet, mengerah menjadi buruh paksa dan membakar hidup-hidup sesuka hati.

Itu sudah biasa kita dengar kala berbicara tentang keganasan tentera Jepun ketika menjajah Tanah Melayu lebih enam dekad lalu. Sehinggakan frasa penampar Jepun pun masih melekat hingga hari ini.

Video Jepun Menyerang Tanah Melayu :

Namun, sekejam-kejam tentera Jepun, ada juga dalam kalangan mereka yang pengsan apabila giliran mereka pula didera.
Cerita sejarahwan, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, apabila Jepun mengaku kalah dan tentera British kembali ke Tanah Melayu, tentera Jepun yang ditawan telah dipaksa membersihkan kawasan bandar dan ada juga yang dihukum berlari.
Di Teluk Intan, Perak misalnya, tentera Jepun yang ditawan telah dipaksa oleh tentera British untuk mengutip sampah di bandar itu dan diarah berlari sejauh 42 kilometer dari Teluk Intan ke Bidor.
"Masa itu umur saya lapan tahun. Tentera Jepun sudah mengaku kalah dan akan berundur.
"Sementara menunggu detik untuk dibawa pulang ke tanah air mereka, tentera British telah mengenakan mereka.
"Saya nampak puluhan tentera Jepun dipaksa kutip sampah dan berlari begitu jauh. Sampai ada yang pengsan.
"Mereka yang pengsan kemudian dicampak ke dalam lori," kata Kay Kim, 73, kepada Jurnal saat diminta mengimbas peristiwa Jepun mengaku kalah pada 1945.
September ini, genap 65 tahun berakhirnya derita penduduk Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun dan tamatnya polemik militari global, Perang Dunia Kedua amnya.
UPACARA serah kuasa Jepun kepada British yang berlangsung di Victoria Institution, Kuala Lumpur 65 tahun lalu.
Kapal Amerika Syarikat, USS Missouri menjadi saksi usainya perang itu apabila Jepun memeterai dokumen mengaku kalah di atas kapal itu pada 2 September 1945.
Victoria Institution
Gugurnya bom atom yang meranapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki beberapa minggu sebelum itu memberi tekanan kepada Negara Matahari Terbit itu dan mendorong kepada kekalahannya.

Video Hiroshima Terkena Bom Atom :

Di Tanah Melayu, Jepun mengaku kalah secara rasminya pada 12 September 1945 apabila dokumen serah diri Jepun ditandatangani di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Upacara yang sama turut berlangsung di Singapura.
Sambung Kay Kim, pada masa itu, penduduk Tanah Melayu kebanyakannya kanak-kanak berkumpul di jalanan untuk melihat tentera Jepun membersihkan bandar.
Tentera-tentera British pula yang kebanyakannya dari India mengagih-ngagihkan coklat dan gula-gula kepada kanak-kanak.
"Seluruh Tanah Melayu menyambut berita kekalahan Jepun dan kembalinya British dengan jiwa yang gembira.
"Ini kerana, selain menderita hidup dijajah Jepun, hakikat bahawa Jepun tidak melakukan apa-apa untuk kemajuan Tanah Melayu cukup mengecewakan.
BANDAR Hiroshima yang musnah dibom oleh tentera Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945.


"Ekonomi negara ini sangat teruk semasa Jepun menjajah sehingga harga barang terlampau mahal.
"Duit Jepun iaitu duit pisang juga seperti tidak ada nilai kerana ia dicetak sesuka hati," katanya. Kay Kim dilahirkan di Kampar dan dibesarkan di Teluk Intan.
Bercerita tentang tentera Jepun, Kay Kim mengakui kekejaman mereka. Beliau dan keluarga bahkan pernah melarikan ke dalam hutan untuk menghindari tentera Jepun.
Beliau juga menyifatkan tentera Jepun kuat, menggunakan peralatan senjata setanding Barat, berstrategi rapi dan setia kepada maharaja.
Pedang
"Mereka mungkin kejam dan kasar kerana mereka tentera. Orang Jepun yang datang ke negara kita bukan orang awam.
"Mereka kasar dan ganas kerana mereka memang dilatih sebagai tentera.
"Mereka juga kuat. Kalau mereka tak kuat macam mana mereka boleh tenggelamkan dua kapal perang British, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse? Mereka menakluk negara kita hanya dalam masa dua bulan.
"Apabila Jepun kalah dan maharaja Jepun arahkan mereka serah kalah, mereka mengaku kalah atau bunuh diri dengan melakukan harakiri iaitu menikam perut sendiri dengan pedang samurai mereka," kata Kay Kim.
Beliau turut menjelaskan penjajahan Jepun ke Asia Tenggara juga adalah berikutan tindakan Barat menyekat bekalan minyak ke Jepun yang telah bergelar negara industri sejak akhir abad ke-19 lagi.
Ditanya apakah impak yang dapat dilihatnya selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu, Kay Kim berkata:
"Dulu, bila saya hendak main bola sepak, padang-padang tiada pacat. Lepas Jepun datang, padang-padang sudah berpacat.
"Mungkin sebab banyak tanaman ubi kayu ditanam di padang-padang pada masa Jepun memerintah.
"Masa Jepun berkuasa, penduduk Tanah Melayu susah nak jumpa nasi, banyak makan ubi kayu sebab beras terlalu mahal," tambahnya.
Pelawak veteran berasal dari Klang, Selangor, Hamid Gurkha atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman turut berkongsi kisah peristiwa Jepun menyerah kalah itu.


BASIKAL yang digunakan oleh tentera Jepun.



Seingatnya, pada masa itu, penduduk Tanah Melayu sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Tak silap saya, ia berlaku beberapa hari selepas Aidilfitri. Penduduk Tanah Melayu menyambut berita gembira pengunduran Jepun dalam suasana kesyukuran merayakan Aidilfitri.
"Pada masa itu, tiba-tiba saya lihat tentera Jepun sudah lesap. Selalunya nampak mereka berkawal di jalan-jalan.
Tentera berbasikal Jepun di Tanah Melayu
"Apabila tentera British kembali, mereka disambut oleh orang ramai dengan berkumpul di tepi-tepi kedai dan jalan.
"Saya lihat tentera British yang mendarat dari Pelabuhan Klang berjalan kaki di pekan Klang sambil disambut gembira penduduk tempatan pelbagai kaum," kata Hamid, 78.
Menurut akhbar lama, suasana yang sama juga dapat dilihat di Seremban, Negeri Sembilan. Bahkan, satu sambutan yang disifatkan terbesar dalam sejarah negeri itu telah berlangsung bagi meraikan kekalahan Jepun dan mengalu-alukan kedatangan British.
Pengumuman
"Penduduk Tanah Melayu gembira kerana mereka membayangkan kehidupan yang lebih baik bersama British.
"Zaman Jepun, hendak makan pun susah. Belacan zaman British dulu, harga 5 sen sekati, zaman Jepun RM250 sekati!" dakwanya.
Berkongsi cerita tentang keperitan hidup semasa penjajahan Jepun yang pernah dilaluinya, Hamid berkata, sekolahnya telah dibom dalam serangan udara Jepun.
Beliau juga pernah ditempeleng oleh tentera Jepun gara-gara tidak tunduk hormat kepadanya.
"Kanak-kanak pun kena bagi tunduk hormat kalau jumpa tentera Jepun.
"Masa itu saya manalah tahu kena tunduk hormat kat dia. Kalau orang dewasa tak tunduk hormat, mereka kena hukum junjung batu tengah panas," ujarnya.
Jurnal turut menemui sepucuk surat lama pengumuman kekalahan Jepun kepada penduduk Tanah Melayu yang bertulisan jawi di Arkib Negara Malaysia yang antara lain menyatakan: Tentera-tentera Jepun di serata tempat telah mengaku kalah. Tenteranya telah dihapuskan oleh tentera British yang ke-14 di Burma. Tenteranya yang lain yang mempertahankan tanah airnya dari Ayujima dan Okinawa telah dikalahkan jua oleh tentera Amerika.

Duit Jepun iaitu duit pisang juga seperti tidak ada nilai kerana ia dicetak sesuka hati

Sementara itu, Tan Sri Abdul Majid Ismail, 89, juga mempunyai kisah tersendiri berkenaan peristiwa pengunduran Jepun dan kedatangan British.
Beliaulah antara yang membuat pengumuman memberitahu British kembali di stesen radio Kuala Lumpur pada masa itu.
Sebagai individu berpendidikan yang boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, beliau diserap menjadi pegawai penerangan oleh Pentadbiran Militari British.
SURAT pengumuman kekalahan Jepun kepada penduduk Tanah Melayu.


Selain membuat pengumuman di radio, Abdul Majid juga pergi membuat pengumuman di kampung-kampung sekitar Kuala Lumpur sehingga Melaka.
Memandangkan cara hebahan maklumat pada zaman dahulu tidak secanggih sekarang, maklumat terpaksa disebarkan dengan cara begitu selain melalui surat.
"Saya buat pengumuman dari kampung ke kampung dengan menaiki jip. Selama tiga bulan diperlukan untuk melunaskan tugas itu.
"Dalam jip itu siap ada askar untuk keselamatan dan tukang masak! Saya membuat pengumuman termasuk tentang maklumat cari kerja kepada orang awam," katanya.
Saat diminta berkongsi apa yang dilaluinya semasa penjajahan Jepun, Abdul Majid yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur pantas berkata: "Saya tidak mahu mengingatinya."
Mungkin peristiwa Jepun yang mengebom dan menyerang kolejnya sehingga 14 rakan sekelasnya terkorban cukup berbekas dalam ingatannya.
Pada masa itu, beliau sedang menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Lebih menyedihkan apabila mayat-mayat yang sedang diuruskan jenazah mereka turut diserang dengan bom.
sumber