Selasa, 24 Desember 2013

VIDEO Lelaki Jerit Ada Bom Dalam Pesawat





SEORANG lelaki terpaksa dibawa turun secara paksa daripada sebuah pesawat selepas dia menjerit beberapa kali, terdapat bom dalam pesawat berkenaan ketika penerbangan.

Lelaki itu di dalam video di atas menjerit sedemikian dalam pesawat untuk penerbangan yang berlepas dari Fort Lauderdale, Florida ke Atlanta Jumaat lepas.

Penumpang lain tidak menjadi panik kerana teriakan lelaki itu sebaliknya terganggu dengan lelaki itu yang tidak mahu diam.

Video yang dimuatnaik di dalam Youtube menunjukkan lelaki berkenaan sedang bercakap dengan pihak polis dalam pesawat Spirit Airlines penerbangan 404.

Sebaik pihak polis meminta lelaki itu keluar dari pesawat, dia mula menjerit ada bom di dalam pesawat itu.

“Ada bom dalam pesawat ini, jika polis ini membawa saya keluar, saya akan letupkan pesawat ini,” pekik lelaki itu.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu sentiasa mengganggu penumpang lain sepanjang penerbangan sejam setengah itu, termasuk membaling barangan kepada penumpang lain di samping mengeluarkan kata-kata kesat.

Selepas berjaya dikeluarkan dari pesawat lelaki itu dibawa ke Hospital Grady Memorial untuk penilaian perubatan, menurut kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson.

Menurut pihak berkuasa, tiada bom ditemui seperti didakwa lelaki berkenaan dan dia boleh didakwa atas perbuatannya menakutkan penumpang lain.



sumber:


Senin, 23 Desember 2013

Pas kemuka piagam khas


 Datuk Husam Musa Datuk Husam Musa
KUALA BESUT - Pas akan mengeluarkan piagam khas bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai depan.

Pengarah Pilihan Raya Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata pembangkang akan mengeluarkan piagam khas yang menyerupai manifesto untuk rakyat Terengganu jika misi 16-16 tercapai.

Menurutnya, misi 16-16 akan memberi faedah kepada rakyat pada jangka masa panjang dan menguntungkan.

Beliau berkata, Pas dan juga wakil perikatan yang "turun padang" akan mengenegahkan isu perumahan, sektor perikanan dan menghapuskan kemiskinan penduduk di Terengganu.

"Kalau kita menang di sini, kita akan suruh wakil-wakil PR buatkan rancangan untuk menghapuskan kemiskinan Terengganu serta-merta, membina rumah kepada rakyat dalam masa sepuluh tahun, membina kompleks perikanan antarabangsana di sini dan Tok Bali sekali.

"Selain itu, kita juga merancang untuk membuka lapangan terbang kepada pelancong untuk ke Pulau Perhentian di Kuala Besut dan mengagihkan tanah-tanah kepada rakyat jelata termasuk Pulau Perhatian,"  katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Pas mendakwa senario 16:16 yang bakal tercipta pada PRK di kerusi Dun Kuala Besut  sebagai peluang untuk membentuk kerajaan negeri yang lebih berimbang.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya keputusan PRK itu berpihak kepada Pas, peranan PR dalam Dun Terengganu akan menjadi lebih besar dalam menentukan dasar dan hala tuju negeri.

"Jika senario itu berlaku, Pas boleh memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus.

"Senario 16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat di Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang," katanya.

Mengulas lanjut, Husam yang juga Naib Presiden Pas menegaskan, PR tidak akan menggunakan politik wang untuk meraih undi warga Kuala Besut.

"Kita akan berubah program kepada 16-16. "Kita tak akan menggunakan pendekatan menggunakan wang yang dilakukan segelintir pihak.

"Kita lebih gunakan teknik untuk rakyat berfikir melalui maklumat yang disampaikan," katanya.

Kisah Seorang Jururawat Memeluk Islam



Seorang jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya memasuki agama suci kita, Islam.
Pertama kali aku mendengar bicara mengenai Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.
Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja.
Hari itu sepasang suami isteri datang membawa seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.
Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh, mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak reda menangis dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih.
Aku tergamam. Kagum dan terkejut. Dia datang dari jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku?
Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengkagumkan aku ialah si isteri. Apa masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan muda dan cantik? Kenapa?
Itulah persoalan yang berlegar di dalam benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.
Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu, aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa.
Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil.
Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku.
Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan daripadaku. Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu dan bapa. Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku sentiasa doakan kesejahteraan diriku..
Subhanallah...

Minggu, 22 Desember 2013

Orang Asal di Bakun mungkin terpaksa pindah lagi

Malaysiakini 7 Jul 2013

  • Lee Way Loo
Masyarakat Orang Asal di Bakun, Sarawak mungkin akan berdepan dengan satu lagi ancaman selepas dipaksa meninggalkan tanah mereka kira-kira 15 tahun lalu untuk memberi ruang kepada projek empangan hidroelektrik.
NONEIa berikutan notis yang dikeluarkan kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan tanah tersebut sebagai Taman Negara Pulau Bakun.

Dalam notis yang diterbitkan dalam akhbar tempatan Borneo Post pada Selasa lalu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyenaraikan 18 buah pulau dalam kawasan empangan Bakun untuk digazetkan sebagai taman negara.

Menurut Taib, notis mengikut Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 itu menetapkan bahawa apa-apa bantahan hanya boleh dibuat dalam tempoh 60 hari daripada tarikh penerbitan notis berkenaan.

NONESekiranya tidak, apa-apa tuntutan ke atas hak atau keistimewaan ke atas kawasan yang ingin dijadikan taman negara itu tidak akan dilayan.

Apa apa-apa hak atau keistimewaan, atau apa-apa pelaksanaannya oleh mana-mana individu juga akan digugurkan selepas tempoh bantahan itu, menurut notis itu lagi.

Bagaimanapun, peguam hak Orang Asal, Abun Sui Anyit berkata pulau yang dimaksudkan itu pada asalnya merupakan kawasan tanah tinggi sebelum air empangan menenggelamkan kawasan penempatan tersebut.

Abun Sui berkata, walaupun sebahagian besar Orang Asal Bakun dipaksa berpindah ke skim penempatan semula Sungai Asap, sesetengah daripada mereka masih berdegil untuk tinggal di Bakun.

bakun dam kayan indigenous people inuk storyTambahnya, beberapa orang yang berpindah ke Sungai Asap juga kembali ke tanah asal kerana tidak tahan dengan keadaan di kawasan penempatan tersebut.

Katanya, ada yang berpindah ke kawasan hulu sungai dan ada juga yang membina rumah rakit berhampiran kawasan mereka yang ditenggelami air.

Selebihnya membina kediaman baru di pulau yang terbentuk itu, katanya.

Dua anak gadis ugut ayah tiri


KHAMIS, 19 APRIL 2012




GOMBAK - “Sudahlah mereka ugut nak bunuh anak saya, nak berjumpa dengan isteri saya pun, saya terpaksa lakukan secara sulit sedangkan sebelum ini saya yang membesarkan mereka.”

Itu keluhan seorang lelaki yang kecewa dengan tindakan dua anak tiri perempuannya berusia 17 dan 20 tahun yang didakwanya turut pernah mengancam mencederakannya dengan parang serta merosakkan motosikalnya.

Dia yang mahu dikenali sebagai Dollah, 48, yang cacat di kaki akibat kemalangan jalan raya pada 2010, kini hanya berpeluang berjumpa dengan isteri keduanya itu seminggu sekali secara sulit, sama ada di restoran ataupun tempat kerja wanita itu.

Dollah berkata, selepas perkahwinan dengan isteri keduanya itu pada 2005 dia mengambil tanggungjawab membesarkan empat anak tirinya iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.


“Hasil perkahwinan ini saya dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun, tetapi sejak empat bulan lalu saya langsung tidak dapat berjumpa anak saya itu kerana dihalang dua kakak tirinya.

Sabtu, 21 Desember 2013

Lelaki membuat tatoo bintang diseluruh wajah isterinya

Selasa, 05 Februari 2013 
Ruslan dan Lesya (Foto: Orange)
Ruslan dan Lesya (Foto: Orange)
 MOSKOW Seorang seniman tato, Ruslan Toumaniantz, mendadak terkenal setelah dia membuat tato bintang diseluruh wajah isterinya, Kimberley Vlaeminck. Namun, aksi tato wajahnya ini membuat Kimberley malu.

Selain Kimberley, lelaki ini juga melakukan aksi kontroversinya dengan mentato wajah gadis lain bernama Lesya. Lesya ditato dengan tulisan gotik berukuran lima inci di wajahnya.

Ternyata Lesya memiliki hubungan rahsia dengan Toumaniantz. Pasangan yang dipertemukan  melalui internet ini bahkan mengaku telah menikah dan ingin membuat simbol cinta mereka berdua.

"Ini simbol pengabdian kekal kita. Saya ingin dia mentato setiap inci dari tubuh saya," kata Lesya, seperti dikutip Orange, Selasa (5/2/2013).

Toumaniantz, melarikan diri dari Belgium ke Rusia setelah skandal yang disebabkan oleh karyanya di wajah Kimberley. Wanita itu merasa malu kerana tato yang dibuat oleh Toumaniantz dan sikapnya yang meninggalkan dirinya demi perempuan lain yang menyukai tato.

"Ini mengerikan bagi saya. Saya tidak boleh keluar rumah, saya sangat malu. Saya terlihat mengerikan," kata Kimberley.

Saat ini Kimberley sedang melakukan perawatan laser untuk mencuba menghilangkan hasil karya Toumaniantz di wajahnya.
(faj)

Top 10 Negara Dengan Harga Petrol Yang Murah!

Pada masa ini, ramai orang mempersoalkan harga petrol yang semakin meningkat. Lagi-lagi pada negara yang tidak mempunyai sumber bekalan minyak mentah seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain. Harganya jauh lebih mahal daripada apa yang kita bayangkan. Tapi dalam banyak-banyak negara, ada juga negara yang mempunyai harga petrol yang jauh lebih murah daripada apa yang kita sangkakan.

Venezuela
$0.05/liter atau RM0.16 sen seliter



Venezuela yang pernah dipimpin oleh Mendiang Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

Turkmenistan
$0.08/liter atau RM 0.26sen seliter


Kita sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

Nigeria
$0.10/liter atau RM0.33sen seliter


Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi.

Iran
$0.11/liter atau RM0.36 sen seliter


Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

Arab Saudi
$0.12/liter atau RM0.39 sen seliter


Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai raja terkaya di dunia. Kebiasaannya apabila Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negara, dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

Libya
$0.14/liter atau RM0.46sen seliter


Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

Kuwait
$0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter


Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dengan menawarkan harga petrol yang sangat murah.

Qatar
$0.22/liter atau RM0.72 sen seliter


Negara Qatar merupakan negara kedua terkaya di dunia dan dalam masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

Bahrain
$0.27/liter atau RM0.89 sen seliter


Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain ialah sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

United Arab Emirates
$0.37/liter atau RM1.22sen seliter


Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

[Sumber]