Selasa, 31 Desember 2013

VIDEO HIGHLIGHT SPANYOL VS PRANCIS PPD 17 OKTOBER 2012

VIDEO HIGHLIGHT - Highlight Spanyol vs Prancis. Cuplikan Gol Spanyol vs Prancis. Video Gol Spanyol vs Prancis. Prancis tahan Spanyol 1-1 pada laga kualifikasi Piala Dunia 2014 Grup I.

Bertanding di Stadion Vicente Calderon, Rabu, 17 Oktober 2012, dinihari WIB, Spanyol tampil menyerang sejak awal pertandingan dan mampu unggul terlebih dulu pada menit ke-25 melalui Sergio Ramos.

Di babak kedua, permainan kedua tim cenderung berimbang karena Prancis mulai bernai tampil menekan. Dan akhirnya Prancis berhasil menyamakan skor melalui Olivier Giroud pada menit ke-90+4. Hingga laga berkahir skor imbang 1-1 tetap bertahan.

Bagaimana proses terjadinya ke dua gol pada pertandingan tersebut, berikut VIDEO HIGHLIGHT SPANYOL VS PRANCIS:
AGEN BOLA TERPERCAYA

Hasil ini masih menempatkan Spanyol di posisi teratas Grup I dengan nilai 7. Sedangkan Prancis berada di urutan dua juga dengan nilai yang sama.

Susunan pemain Spanyol vs Prancis:

Spanyol: 1-Iker Casillas; 17-Alvaro Arbeloa (5-Juanfran 50), 15-Sergio Ramos, 16-Sergio Busquets, 18-Jordi Alba;14-Xabi Alonso, 8-Xavi, 6-Andres Iniesta (9-Fernando Torres 75); 21-David Silva (20-Santi Cazorla 13), 10-Cesc Fabregas, 11-Pedro.

Prancis: 1-Hugo Lloris; 2-Mathieu Debuchy, 21-Laurent Koscielny, 5-Mamadou Sakho, 3-Patrice Evra; 17-Maxime Gonalons (8-Mathieu Valbuena 57), 6-Yohan Cabaye, 12-Blaise Matuidi; 7-Franck Ribery, 10-Karim Benzema (9-Olivier Giroud 88), 14-Jeremy Menez (11-Moussa Sissoko 68).

RM40 juta diperlukan untuk baik pulih kawasan banjir di Cameron Highlands

October 23, 2013 TMI
Sebanyak RM40 juta diperlukan untuk membaik pulih kawasan sekitar Sungai Bertam, Ringlet di sini dan membina penempatan baharu bagi penduduk kawasan itu yang terlibat dalam banjir kilat
awal hari ini.
Anggota Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel (gambar) berkata beliau akan segera membuat permohonan peruntukan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sekiranya peruntukan diluluskan dengan segera, Sungai Bertam akan dibaik pulih dan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu dipindahkan ke rumah baharu di Tanah Rata atau di kawasan lain," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian hari ini.


 Beliau berkata penduduk di kawasan perumahan setinggan yang tinggal di tepi sungai itu telah menetap lebih 30 tahun dan penempatan baharu perlu disediakan kepada mereka.

Arus deras dan banjir kilat pada pukul 1 pagi ini, memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian akibat air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet itu turut menyebabkan tiga terbunuh - dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung.
Seorang wanita Indonesia pula masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki tempatan cedera.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet, beliau berkata bantuan seperti makanan, baju dan keperluan lain akan segera disalurkan kepada mereka.
Seramai 54 mangsa melibatkan 12 keluarga di pindahkan ke pusat pemindahan banjir itu. – Bernama, 23 Oktober, 2013.

Senin, 30 Desember 2013

Bayi mangsa bapa ayam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
 
LAPOR...Ran menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, mangsa.
LAPOR...Ran menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, mangsa.
KUALA LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya dipenuhi kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di Lorong Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.

Mangsa dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak lelaki berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun untuk melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul lelaki berkenaan.
Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.

Pengasuh itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan sebaliknya menghalaunya.

Menurut Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Uniknya Iklan Cermin Mata Untuk Kanak Kanak Ini

Ketika anak-anak menggunakan cermin mata mereka, transformasi yang mengagumkan berlaku. Tidak, mereka tidak berubah menjadi superhero, tapi menjadi sesuatu yang lebih Cool! Very French Gangsters adalah sebuah syarikat yang menjual cermin mata untuk anak-anak. Syarikat Perancis tersebut, membuat suatu iklan cermin mata yang menarik dan tidak biasa, menjadikan si anak seperti suspek jenayah









Sumber - Berita-Saya

Minggu, 29 Desember 2013

Ania Dikecam Hebat Penduduk Mesir


POLAND – Hasrat seorang wanita tidak bermoral, Ania Lisewska, 21, yang mahu meniduri 100,000 lelaki dengan merancang menjadikan Mesir sebagai negara persinggahannya, telah dikecam hebat oleh penduduk di negara itu.

Selain digelar sebagai `jijik’ wanita itu juga tidak dialu-alukan ke negara berkenaan.

“Menteri pelancongan Mesir perlu campur tangan. Ia melibatkan isu keselamatan.

“Mesir tidak membuka pintu kepada pelacur,’’ demikian bunyi kecaman yang ditujukan kepada Ania.

Mesir merupakan negara pertama di Asia Barat yang mahu dikunjungi oleh Ania demi melampiaskan nafsunya itu.

Media di Arab melaporkan bahawa Ania akan dijemput oleh seorang lelaki dikenali Mohammad Abdel Moneim setibanya dia di Kaherah.

Erem News melaporkan bahawa Abdel Moneim menyatakan bahawa kedatangan Ania ke Mesir adalah kerana ingin melawat negara tersebut.

Ania mengejutkan masyarakat apabila menyatakan dia mahu memecah rekod dunia dengan meniduri 100,000 lelaki di seluruh dunia.

Jelasnya, keseronokan yang akan dialami itu akan mengambil masa 20 minit bagi setiap orang, bergantung kepada berapa ramai orang yang ditemuinya pada hari itu.

Sejak keinginan berkenaan diluahkan dalam facebooknya, dia telah menerima 60,000 butang like.

Dia berkata, marathon seks berkenaan telah bermula sejak bulan lepas di Warsaw dan dia merancang untuk mengembara negara lain.

Sementara itu Al-Bawaba melaporkan bahawa setakat ini Ania sudah meniduri 284 lelaki dan untuk menjayakan perbuatan tidak bermoralnya itu, dia perlu menghabiskan masa selama 33,000 jam atau 3.8 tahun.

Itu pun jika dia bekerja siang dan malam tanpa henti.

Pahang serius batal perjanjian air Selangor

sinar harian 27 September 2012
 Datuk Seri Adnan Yaakob
 
KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri itu serius dalam mengkaji dari segi peruntukan undang-undang membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor.
 
Adnan berkata langkah itu diambil berikutan tindakan kerajaan Selangor kini yang dilihat tidak menghormati perjanjian ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri itu pada 2007, kerana masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.
 
"Penasihat Undang-undang negeri sedang meneliti terma terkandung dalam memorandum perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua kerajaan negeri pada 22 November 2007.
 
"Kita sudah teliti terma itu dan memang ada peruntukan kerajaan negeri boleh membatalkan projek berkenaan jika dipersetujui kedua-dua pihak. Saya sudah minta pejabat Penasihat Undang-undang negeri meneliti kandungan MoU itu... dalam tempoh seminggu kita boleh buat keputusan," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan MoU antara Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Maahad Tahfiz negeri Yayasan Pahang, di sini.

Adnan diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar pada Isnin lepas yang mencabar kerajaan Pahang supaya mengeluarkan surat rasmi mengenai pembatalan perjanjian itu dan bukan mengeluarkan kenyataan menerusi media semata-mata.
 
Dr Xavier sebelum itu mengulas kenyataan Adnan pada Ahad lepas bahawa kerajaan Pahang mungkin membatalkan perjanjian penyaluran 1.6 juta meter padu sehari bekalan air mentah ke negeri itu jika kerajaan Selangor tidak membenarkan pembinaan projek Loji Air Langat 2.
 
Adnan berkata, langkah itu akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus berdegil menghalang pembinaan loji tersebut sebagai alternatif menghadapi krisis bekalan air bersih yang dijangka melanda negeri ini pada 2015.

Adnan, bagaimanapun berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan dirujuk kepada kerajaan Persekutuan.
 
"Keputusan muktamad kena dapatkan pandangan kerajaan Pusat sebab ini membabitkan kepentingan ramai. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan kerajaan Selangor perlu lebih bertanggungjawab, tidak perlu politikkan semua benda," katanya.
 
Pada 22 November 2007, Pahang dan kerajaan Selangor yang ketika itu di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional menandatangani perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah pada harga 10 sen bagi setiap meter padu.
 
Kerja pembinaan terowong bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dari Pahang dijangka selesai pada 2015. - Bernama

Sabtu, 28 Desember 2013

Kreasi Unik Dari Sabun Mandi










sumber: http://juandry.blogspot.com/2009/12/nice-kreasi-unik-dari-sabun-mandi.html