Kamis, 30 Januari 2014

Protes Orang Asal Swak berkhemah di Wisma Pelita

Malaysiakini
  Mei 15 2012  
Kira-kira 40 Orang Asal Sarawak mula berkhemah di luar Wisma Pelita di Kuching semalam sebagai membantah ketiadaan tindakan pihak berkuasa negeri terhadap aduan mereka berhubung pencerobohan tanah adat (NCR) milik mereka.

NONEMereka memulakan bantahan tersebut pada jam 12.30 tengah hari
semalam kerana membantah pajakan sementara bagi tanah mereka yang diberikan oleh pihak negeri kepada sebuah syarikat tempatan.

Wisma Pelita menempatkan pejabat Tanah dan Ukur Sarawak.

Pengerusi DAP Sri Aman, Leon Jimat Donald, ketika dihubungi, berkata mereka yang erkhemah di situ datang dari Malikin, Balai Ringin dan Serian.

"Jentolak syarikat tersebut telah masuk ke kawasan tanah mereka
dan menolak pokok getah dan sawah padi mereka, tanpa berunding dengan mereka.

NONE"Tetapi Pejabat Tanah hanya memberitahu yang ia sedang menyiasat aduan mereka," katanya.

Bantahan ini, kata Donald, adalah yang keempat sejak perkara itu dibangkitkan pada Oktober tahun lepas.

Dan sebab itulah, katanya, Orang Asal terbabit, buat pertama kalinya, memutuskan untuk berkhemah di luar Pejabat Tanah kerana semua rayuan mereka sebelum ini tidak diendahkan.

0 komentar:

Posting Komentar