Rabu, 13 Agustus 2014

Final Piala Malaysia Pahang bertemu TRW

Pemain Sarawak Booby Gonzales (kiri) dihalang oleh pemain pertahanan Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri hari ini. Pahang layak ke final selepas menundukkan Sarawak dengan agregat 4-2. - Foto Bernama

PAHANG layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Sarawak selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri di sini, malam ini.
   
Pada perlawanan di sini, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1.
   
Bobby Gonzale membuka jaringan untuk Sarawak pada minit ke-32 manakala Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi jaringan Fauzi Roslan.
   
Pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 19 Oktober lepas, Pahang mengalahkan Sarawak 3-1.
   
Pahang akan menentang juara bertahan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 November ini. - Bernama

0 komentar:

Posting Komentar