Senin, 17 Februari 2014

MB Kedah Majoriti restu kepimpinan Pas Tak layan Hassan Ali

sinarharian
12 November 2012
MB Kedah: Majoriti restu kepimpinan Pas
Azizan (kanan) beramah mesra bersama kaum India yang hadir sambutan Deepavali semalam.
ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak mengambil kisah mengenai pandangan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mahu pemimpin Pas berhenti bersekongkol dengan DAP.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hassan itu hanyalah bersifat pandangan peribadi.

“Itu pandangan dia, pandangan minoriti. Tapi majoriti nampaknya merestui apa yang sedang dibuat oleh kepimpinan sekarang dan kita tak punyai apa-apa masalah.

“Dulu masa kita tak berkawan dengan DAP, mereka kata kita tak berkawan dengan masyarakat majmuk.

“Sekarang bila kita berkawan, mereka kata kita terbabas pula,” katanya kepada media selepas sambutan Hari Deepavali di Dewan Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah berkata, politik memerlukan satu strategi dan tidak boleh hanya melalui satu jalan.

“Ada masanya kita kena pergi jalan itu, dan jalan lain. Dulu orang kata kita (Pas) tak sesuai perintah Malaysia, tak faham realiti dan sebagainya.

“Sekarang  mereka kata kita macam-macam. Susah la, duduk pun susah berdiri pun susah. Jadi apa cerita,” katanya.

Sebuah akhbar harian semalam melaporkan bekas kepimpinan Pas Kedah, Mohd Najib Fahami Yahaya meminta kepimpinan Azizan ditukar dengan kepimpinan baru jika ingin mempertahankan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana gagal melaksanakan manifesto yang dijanjikan.

Mengulas kenyataan itu, Azizan berkata, beliau tidak melihat sebarang masalah berlaku walau siapa sekalipun yang menjadi ketua, asalkan orang itu dapat membawa perjuangan dasar Pas.

“Orang itu mestilah mampu membawa dasar Pas, itu yang penting. Kalau dia seorang ulamak, tapi tak boleh berjuang untuk dasar Pas, tak ada apa ertinya dia guna nama ulamak,” katanya.

0 komentar:

Posting Komentar