Kamis, 06 Februari 2014

Negeri Pakatan guna tema alternatif Merdeka

Malaysiakini
 Ogos 7 2012
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa tiga negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan - akan menggunakan tema alternatif mereka Sebangsa Senegara, Sejiwa  untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagaimanapun, sebuah lagi negeri Pakatan - Kedah -  akan menggunakan tema yang berbeza, iaitu 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti.

NONESinar Harian melaporkan Salahuddin berkata, jawatankuasa
Pakatan mengenai tema Merdeka telah membuat keputusan tiga hari lalu untuk menggunakan tema alternatif tersebut.

Anggota exco publisiti Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco baru-baru ini.

Pakatan memutuskan untuk menggunakan tema alternatif selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim enggan menukar tema Janji Ditepati yang juga merupakan tema kempen politik BN.

Tema alternatif telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada 250 penyertaan yang diterima daripada orang ramai.

0 komentar:

Posting Komentar